Khamis, 13 Februari 2014

R.I.N.D.U

Assalamualaikum blogger...

Saat jari jemari bonda pantas menaip, jauh di sudut hati terasa amat merindukan si dia. Kekasih hati yg sudah 4tahun bertakhta di hati. Ape yang buatkn bonda sedih sangat sebab sekarang ni beliau berada di Singapura ( menjalankan tugas ) dan mungkin tidak akan pulang ke Johor petang ini untuk berjumpa bonda seperti hari2 yang kami lalui. Subhanallah...perasaan yang sangat indah Allah telah wujudkan di dalam sudut hati ini. Tapi bersalahkah bonda sebab insan yang bertakhta di hati ini adalah suami orang. Beliau bukan sahaja mempunya seorang isteri tetapi 2 orang.. Tapi hati ini masih mahu menerima beliau. Tidak sempurna hari2 bonda jika tidak berhubungan dengan beliau. begitu juga dengan beliau. Jika bonda ceritakan perihal diri dia...kadang2 nak tergelak pon ada... Orangnya sangat2 manja....suka dimanjakan... dilayan seperti anak2 kecil. Dan yg paling bonda suke dengki die ni paling suke merajuk...hikhikhik. Apa pun bonda doakan supaya beliau selamat bekerja dan selamat pulang ke Johor ni. 



** ayang sayang abang sangat2..

Valentine's Day Dari Pandangan Islam

Valentine's Day Dari Pandangan Islam



Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)


Ada sesetengah yang berkata hari Valentine's Day ini hanyalah hari untuk berkasih sayang. Tapi benarkah mereka hanya berkasih sayang? Dan dengan cara apa dan bagaimana pula mereka berkasih sayang? Tahukah para pembaca sejarah Valentine's Day ini? Ok mari bonda terangkan dengan lebih terperinci. Sila beri masa 2minit untuk membaca coretan yang telah bonda ambil daripada beberapa blog dan juga daripada pandangan beberapa orang ternama dan kenamaan di negara islam ini....


SEJARAH VALENTINE'S DAY

Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

DARI SEGI PANDANGAN ISLAM
 
Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
 
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
 

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..
















it's me

BIODATA PENULIS


Assalamualaikum blogger...1st skali biarlah sy perkenalkan diri sy. semua blogger boleh panggil sy BONDA. Panggilan dari anak2 untuk sy. Tapi yang best nya nama ni jadi kekal di tempat kerja. Semua orang akan panggil BONDA termasuklah bos. Ok bonda nak cerita sikit. Bonda asal dari Pasir Gudang, Johor. Emak dan Abah juga berasal dari Johor. Kira anak jati Johor la ni. Tahun ni umur bonda masuklah 26 tahun ( bulan June ). Bonda ni sebenarnya wanita yang bertitle ' J '. Ada sape2 tertanya tak apa makna tu? ok biar bonda jelaskan dengan terang lagi bersuluh...JANDA. Haishhhh.....sesungguhnya tak ada perempuan yang berkahwin dan berhajat untuk kegagalan rumah tangga mereka. ok stop cerita pasal tu. In Shaa Allah bonda akan jelaskan di coretan yang lain. Ok. bonda ni orangnya tak lah cantik. hikhikhik..... Tp alhamdulillah tiada cacat cela. Bonda bekerja di syarikat swasta dan menceburi bidang ' haulier '. So hari2 kena tengok lori, kontena, cdn, dan juga customs form..... Bonda ada 2orang kakak. Bonda tak ada adik dan juga tak ada adik beradik lelaki. kira semua perempuan la ni... yg sulung berumur 36tahun yang angah berumur 31tahun. masing2 dah bekeluarga dan mempunyai cahaya mata. Dan yang agak sedikit frust bila cucu2 emak bonda semua perempuan juga. hikhikhik...emak dan abah bonda masih ada lagi di sisi bonda dan anak2 bonda. Alhamdulillah cukup sampai sini jek....kite jumpa di coretan dan ruangan yang lain ye...In Shaa Allah...