Khamis, 13 Februari 2014

it's me

BIODATA PENULIS


Assalamualaikum blogger...1st skali biarlah sy perkenalkan diri sy. semua blogger boleh panggil sy BONDA. Panggilan dari anak2 untuk sy. Tapi yang best nya nama ni jadi kekal di tempat kerja. Semua orang akan panggil BONDA termasuklah bos. Ok bonda nak cerita sikit. Bonda asal dari Pasir Gudang, Johor. Emak dan Abah juga berasal dari Johor. Kira anak jati Johor la ni. Tahun ni umur bonda masuklah 26 tahun ( bulan June ). Bonda ni sebenarnya wanita yang bertitle ' J '. Ada sape2 tertanya tak apa makna tu? ok biar bonda jelaskan dengan terang lagi bersuluh...JANDA. Haishhhh.....sesungguhnya tak ada perempuan yang berkahwin dan berhajat untuk kegagalan rumah tangga mereka. ok stop cerita pasal tu. In Shaa Allah bonda akan jelaskan di coretan yang lain. Ok. bonda ni orangnya tak lah cantik. hikhikhik..... Tp alhamdulillah tiada cacat cela. Bonda bekerja di syarikat swasta dan menceburi bidang ' haulier '. So hari2 kena tengok lori, kontena, cdn, dan juga customs form..... Bonda ada 2orang kakak. Bonda tak ada adik dan juga tak ada adik beradik lelaki. kira semua perempuan la ni... yg sulung berumur 36tahun yang angah berumur 31tahun. masing2 dah bekeluarga dan mempunyai cahaya mata. Dan yang agak sedikit frust bila cucu2 emak bonda semua perempuan juga. hikhikhik...emak dan abah bonda masih ada lagi di sisi bonda dan anak2 bonda. Alhamdulillah cukup sampai sini jek....kite jumpa di coretan dan ruangan yang lain ye...In Shaa Allah...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan